Sunday, May 24, 2009

semakin aku kurang mengerti dengan hati
namun, sayang untuk mengatasi
kejamkah aku dengan perasaan ini ???
kejamkah aku untuk memburu sesuatu itu ???

berdosakah aku punya perasaan kasih ini ???
dan aku berharap satu hari mereka mengerti ...

Wednesday, May 20, 2009

sesudah lima tahun aku bekerja mencari identiti diri
sesudah lima tahun aku disini
mencari sesuatu dalam diri ...

sungguh bila ku kenang masa mula-mula aku di sini mencari rezeki
aku seperti kekalutan, aku seperti anak kecil yang mencari arah ...
seperti kanak-kanak hingusan yang tak mengerti apa itu kehidupan
namun, segalanya berubah kini dari aku tidak mengerti kini
semakin aku mengetahui rahsia hidup ini ...

semakin aku ingin mencari erti-erti ini
terlalu banyak aku belajar untuk memahami
terlalu banyak aku tahu untuk diri ...

tiada harga untuk segala pengalaman ini

dulu aku hanya seorang yang tidak tahu apa-apa
kini aku makin untuk tahu ...
terlalu banyak yang dilalui dari aku seorang yang kebudakan
tapi, kini semakin dewasa untuk berfikir ...

dari aku digelar seorang cenggeng tapi, kini aku bukan cenggeng lagi
apa jua aku akan tempuhi ... apa jua aku akan jalani ...

terima kasih pengalaman kerana mengajar aku untuk lebih dewasa ...
terima kasih kehidupan kerana memberi aku satu perkara yang tak mampu aku belajar dengan sesiapa ...
terima kasih kawan-kawan kerana kalian memberi aku laluan yang sukar itu menjadi mudah ...
terima kasih Tuhan dengan dugaan-dugaan ini kerana ianya memberi aku satu kenangan yang tak mampu aku beli ...

Saturday, May 16, 2009

tika saat kesedihan itu mulai reda
tika saat kekecewaan itu mulai hilang ...
hadirnya cerita kurang enak untuk aku dengar
kurang senang untuk aku terima namun, siapa aku untuk terus menyalahkan ??
lalu hadirnya seseorang menguatkan aku untuk terus hadapi apa yang bakal berlaku ...

kehadirannya membuatkan aku sentiasa bersemangat
kehadirannya membuatkan aku lebih menghargai
kehadirannya membuatkan aku lebih kuat
kehadirannya seolah segalanya-galanya untuk aku ...

sungguh aku terlalu ingin sekali dia bersama aku
walau apa jua keadaan ...
adakah itu yang akan terjadi ??
kerana dia bukan seperti lelaki lain ...

dan aku hanya menyerah ... menyerah ketentuan itu pada-NYA
mungkin untuk aku elak tapi, hati semakin kuat untuknya ...
dan dia sentiasa buatkan aku tersenyum walau terkadang aku rasa bersalah pada orang lain ...

mungkin ini jalan hidup ku ... dan mungkin ini kebahagiaan ku ...
dan mungkin ini cinta ku ... ah! segalanya mungkin ...
bukan, bukan mungkin ... aku pasti walau rasa bersalah untuk menebal dalam hati tapi, cinta untuk mengatasi ... ah!

pada mu, ingin sekali ku ucap terima kasih kerana kamu buat aku teruja setiap hari
kamu buat aku sentiasa ingin mengukir senyuman setiap pagi ...
kamu buat aku sentiasa rindu untuk menatap wajahmu ...
kamu buat aku punya rasa segalanya untuk kamu ...

* untuk MNF terima kasih dengan perasaan itu ... walau terkadang ada rasa kurang enak itu namun, hanya kita yang tahu erti ini ... hanya kita yang tahu tarian ini ... hanya kita yang tahu alunan melodi ini ... hanya kita ....

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU, MAMA !!!!

hari ni hari ibu ...
emm, apa yang aku perlu titikan di sini ??

mama, apa yang alang tahu mama adalah mama yang terv\baik untuk kami
along, angah, alang dan acu sayangkan mama ...

dari kecil sampai sekarang hanya mama yang kami nampak
tak kira apa keadaan sekalipun mama sentiasa bersama kami ...
walau terkadang kami seakan lupa akan kewujudan mama ...
kami bukan anak yang baik tapi, kami mahu jadi terbaik dalam hati mama ...
dan kerana doamu, mama kami berjaya tempuhi hidup ini ...

dan aku hanya tahu aku terlalu sayangkan mama ... tak mampu bayangkan andai satu hari mama tak de depan mata aku, mama tak de di sisi aku ...
mama pernah cakap yang aku ni anak paling manja, dan mama pernah bertanya pada aku andai satu hari mama tak de macam ne nak manja-manja lagi ???
aduh!aku tersentak sebenarnya dengan soalan itu ...
aku tiada jawapan kerana aku tak mampu bayangkan ...

hanya doa aku untuk mama agar mama sentiasa sihat untuk melihat aku dan anak-anaknya yang lain terus berjaya ...
aku tak mampu ungkapkan bagaimana rasa sayang ini pada mama ...
sungguh aku tak mampu membalas segala jasa mama walau segunung permata, walau selaut wang, walau segenggam emas ... segala itu tiada nilai dengan jasa yang telah di korbankan pada kami ...

* pada mama, Rosnane Abu Kassim ... hanya doa pengiring jalan mu, hanya rasa pengikat sayang kita ... SELAMAT HARI IBU, MAMA !!!!
bila hari-hari mendatang itu membuatkan aku harus menerima
segala apa yang berlaku ...
walau pahit walau manis ... walau terkadang aku seperti sukar untuk
menerima namun, aku harus jalaninya ...
dan segala yang indah itu belum tentu milik kita ...
segala yang pahit itu pasti sama merasa ...

Sunday, May 3, 2009

bila sesuatu itu sukar ditafsir apatah lagi ingin dimengerti
mungkin hikmah ini tidak nampak ...
apa yang berlaku pasti punya sebab hanya DIA yang tahu
apa yang aku tidak tahu ...

sesungguhnya perkara mustahil itu berlaku dan pasti disalahkan sampai mati
namu, segalanya punya sebab lalu aku terima
dan aku redha ...

bila aku sendiri merasa dan mereka hanya memandang,
sekadar mendengar dan ya pandai mengkritik tanpa belas ...
lalu, aku harus menerima ...