Tuesday, June 24, 2008

hAnya Padmu - qIaRa

Hanya pada mu Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku ... Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu ... Nurbisa dari mata mu Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci ...

Friday, June 20, 2008

kekesalan itu terkadang kelewatan hadir
lalu, memberi satu rasa yang kurang enak ...

cInTa KAIn PuTih ... PutRA

Ku jalan sendiri tiada tempat Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari ...
Ku sangkakan hujan, Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan Dan tersungkur di ketepian ...
Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu, Kian jatuh terus cecah ke bahu ...
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa ...
Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur
Kusunting dirimuKan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi ...
Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum ditaman hati
Kau hilang dan semakin jauh
hujung dunia kita berjumpa ...

Thursday, June 19, 2008

dArI Ku UnTuk Mu ... IeKa ...

msj dari ieka ... membuat aku ingin nukilkan sesuatu padanya ...

aku tahu dia sedang bersedih ...
dan aku, tiada perasaan jemu untuk mendengar ...

aku tahu dia sedia menghadapi kemungkinan mendatang
dan aku, akan sentiasa di sini saat dia memerlukan ...

aku tahu dia kuat dengan segala dugaan
dan aku, sentiasa memberi kata semangat

aku tahu dia akan sentiasa bersedih
dan aku, akan bersedia untuk menggembirakan dia ...

aku tahu saat ini dia sentiasa memerlukan aku
dan aku, akan sentiasa bersamanya walau apa jua suasana ...

* ieka ... apa jua yang kau hadapi aku sentiasa disini untuk memberi apa yang kau perlukan dari aku ... dan aku sentiasa akan memberi kegembiraan agar senyuman akan sentiasa terukir di bibir mu, agar sentiasa tawa mu akan kami dengar seperti dulu, seperti selalu ...
sahabat ku, apa perlu kau tahu aku mungkin tak terbaik tapi, aku sentiasa memberi kau inspirasi andai itu yang kau inginkan dari ku ... dan aku bukan sempurna sebagai sahabat tapi, akan aku jalani tanggungjawab ku sebagai sahabat terbaik untuk mu, ieka ... dan aku sentiasa akan memberi kata-kata itu andai itu yang kau inginkan dari ku ... hanya itu mampu ku ber pada mu sahabat ... ingatlah sahabat mu ini akan sentiasa gembira andai kebahagiaan sentiasa melingkari hidup mu, ieka ...
saat ini aku terlalu rindu dengan kenangan lalu ...
aku jadi benci pada diri aku sendiri ...
kenapa aku terkalu mengikut kata hati ?

padahal dalam hidup ini aku hanya memilikki dia ...
dan aku telah hancurkan segalanya ...

lalu apa harus aku lakukan ?

mAsiHkaH aDa ???

bila kita kehilangan sesuatu baru kita sedar betapa sesuatu itu terlalu berharga dalam kehidupan kita ...
seperti jua aku ... aku berlari jauh dari sesuatu lalu, di pertengahn aku seperti tersentap,
tersedar bahawa sesuatu itu terlalu berharga dalam hidup aku ...
aku menyesal tak sudah kerana menghindari sesuatu itu ... membuatkan aku kecewa sendiri ...
ah ! kenapa aku terlalu bodoh mengikut perasaan ?
lalu kini aku kehilangan ... memang salah aku, salah aku yang tak pandai menghargai ...
di saat aku inginkan sesuatu itu kini, sesuatu itu lari menghindar ...
aku tahu itu semua salah ku ... dan aku ingin menebus segala salah itu tapi, seperti tiada peluang untuk aku atau aku buta dengan peluang yang diberi sebelum ini ?
ah ! betapa aku terlalu bodoh mengecewakan dia ...

dan aku faham andai tiada peluang untuk aku tapi, aku ingin kembali ...
aku ingin lakukan yang terbaik untuk sesuatu itu ... ingin aku tebus segalanya ...
masihkah ada peluang untukku ???

Sunday, June 15, 2008

aDa UntUk Mu ... nUbhAn ...

di sana pungguk ... menanti
mengharap bulan membalas rindu di hati
di sini aku berdiri ... menunggu penuh dengan kesabaran

tanpa manis madah ... janji yang puitis
'tuk persembahan ... hanya ketulusan sekeping hati suci ...

aku ... berikan kasih
kalau itu yang kau mahu dari ku ...
aku ... berikan cinta
untuk membahagiakan hari mu ...

aku sayang dirimu (menyayangi mu) ...
biarpun nafas ku sampai terhenti
akan ku kotakan janji kita
mendirikan taj mahal cinta
seteguh shah jehan kepada mumtaznya ...

terasa indah pabila berdua
semakin tiba saat bahagia
merai cinta kita ...

* pertama kali aku dengar semasa Nubhan mendendangkan di konsert akhir af6 ...
aku kurang suka tapi, kali kedua aku mendengarnya aku jatuh hati dengan melodinya ... bahasanya punya makna tersendiri ...

Saturday, June 14, 2008

mAtAhAriKu ... AgnEs MoNicA ...

tertutup sudah pintu ... pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

berjuta warna pelangi didalam hati
sejenak luluh bergening menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak aku ... terdiam sepi

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

berjuta warna pelangi didalam hati
sejenak luluh bergening menjauh pergi
tak ada lagi cahay suci
semua nada beranjak ... aku terdiam sepi ...

* lagu ini pertma kali aku dengar punya maksud tersendiri ... melodinya mendayu
(tidak terlalu jiwang ya) bahasanya puitis punya makna yang kita sendiri mudah fahami ...
lalu, aku terbuai dengan dendangannya ... ah! betapa cinta itu penuh dengan warna ...



ku pejam mata, ku nampak wajahnya
ku buka mata, ku lihat dia
tapi, ah! itu hanya khayalan cuma ...
membuatkan aku jadi tidak keruan tapi, aku lebih punya semangat walau
dia dari jauh di mata tapi, di hati aku, dia sentiasa ada ...
dia membuatkan aku lebih kenal diriku, dia membuat aku lebih mengerti apa itu rasa ...
dan yang pasti dia membuat aku jatuh cinta ...

Thursday, June 12, 2008

mendayu sungguh bunyi desir angin malam ...
hamparan langit bertaburan kerlipan bintang
memancar cahaya serata alam

memberi aku satu senyuman, bila ku teringat dirinya
lalu ku bisikan pada malam rindu ini hanya untuknya ...


uNtUk IeKa ...

tadi aku dapat msj dari sahabat aku ieka ...
aku jadi tak tentu arah bila dia mengatakan sedang rindukan seseorang
aku tahu pada siapa, pada tunangnya ...

tapi, apa yang berlaku bukan kehendak kita kan ?
inilah dugaan untukmu ieka, dugaan ini akan lebih membuat dirimu tabah
dugaan ini akan membuat diri mu lebih kenal akan kehidupan ...

untuk apa tangisi, untuk apa kekesalan ?
sedangkan itu semua lebih membuatkan kau sakit ieka ...
memang senang untuk bercakap tapi, payah untuk dilakukan ...

hanya satu untuk kau ingat, aku sebagai sahabat akan sentiasa
mendengar keluh kesah dari mu ...
tiada sekelumit jemu, tiada sekelumit muak dalam diriku hanya untuk kegembiraan mu ...

tAkDiR CiNtA ... RoSSa

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ... ketulusan hati
yang mengalir lembut


penguasa alam ...
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh
pada sumur dosa yang terkutuk dan menyesatkan cintaku


andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna

ku tak luput dari dosa

biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau

oh tuhan kuburlah hatiku ...

* pertama kali aku dengar lagu ini aku jadi terharu ... aku jadi seperti tertegun ... bukan berada di awangan tapi, aku insafi diri ...
takdir cinta kita berbeza ... dan takdir cinta ku bagaimana ?
apakah aku sempurna untuk insan yang aku sayangi ? apakah aku terbaik untuk insan yang aku cintai ? walaupun pada DIA aku masih belum sempurna memberi cinta ini ... namun, pada manusia aku terlalu mengharap cinta ... sempurnakah aku di mata DIA ? ... jujurkah aku pada cinta yang DIA berikan pada ku ? ah! betapa aku terlalu jauh mencari cinta itu ...

* dan aku bukan sempurna untuk cinta-cinta ini ... lalu aku bukan mengharap kesempurnaan, aku cari keredhaan ... aku ingin dicintai, aku ingin mencintai tapi, bukan kerana dunia semata ... tapi, aku tak mahu hati ini dikuburkan aku cuma mahu hati ini sentiasa bahagia, tenang ...



Wednesday, June 11, 2008

bila aku pejam mata ini, lantas bibir terukir senyum ...
bila aku buka mata ini, angin petang lembut menyapa di wajah
mungkinkah itu angin rindu mu ?

bila aku sendiri suara mu terngiang ... bila aku cari hanya khayalan minda ...
aku tersenyum ... ah! membuatkan aku tak keruan ...
jiwa resah bila teringatkan dirimu ...

bila rindu datang menyapa bertanya pada hati pada siapa rindu ini ...
bila cinta datang bersama semilir petang bertanya pada diri untuk siapa cinta ini ...

bila sering jiwa resah pada siapa pula keresahan ini ...
bila tertatap mata mu, tidak keruan diri ku ...

bila terpandang wajahmu buat merona merah pipiku ...
harus bagaimana ingin ku sorokkan perasaan itu ???

malu ingin menoleh, apatah memandang ...
bila terpandang ingin larikan mata ini namun kenakalan untuk menoleh juga ...

lalu, ingin ku simpan bagaimana lagi ???

bila aku sendiri terasa sepi sekali ...
namun pada siapa harus aku luah ???

bila rasa sakit di hati terasa perit sekali ...
namun pada siapa yang mengerti ???

apa jua perasaan melanda aku terasa sesak
namun aku lupa bahawa DIA lebih mengerti ...
DIA yang mampu meredakan hati aku yang resah ...

pada-NYA tempat untuk mengadu ...

berikan aku ketenangan, berikan aku kekuatan ...

hanya pada-MU YA!ALLAH! hanya pada-MU aku berserah ...
jiwa raga ini ... amin ya rabil alamin ...

terima kasih TUHAN kerana tidak pernah lari dari aku ... aku yang sering jauh dari-MU ...

Friday, June 6, 2008

sAlAh KonSeP ...

apa yg aku nak taip hari ni ? emm, penggunaan bahasa yang selalu diguna remaja kini ... ada yg salah konsep sebenarnya ...

selalu kita dengar anak-anak muda berkata,
'jom lepak 'mapley' geng !!' ... terjemahannya, 'jom lepak kedai mamak geng !!' ...
di sini punya kesalahan ... 'maksud 'mapley' itu ... rata-rata anak-anak muda mengtakan 'mapley' itu abang atau panggilan yang sopan tapi, 'mapley' itu maksudnya ialah pengantin lelaki ...

selalu juga dengar, 'macha' tolong kira !! ' ... tau ke makna macha tu ? jangan main sebut je tau ! ... mana 'macha' tu ialah adik ipar lelaki (bermakna mengahwini adik perempuan) ...

jadi pada semua jangan menyalahgunakan bahasa atau menyalahgunakan konsep bahasa ...
kita ni kat Malaysia berbilang bangsa, berbagai bahasa ... bahasa itu menunjukkan bangsa tau (petikan dari filem seniman bujang lapok) ... jangan suka-suka gunakan bahasa tanpa tahu maksudnya ... lagi satu tak kira bangsa apa pun kat Malaysia ni paling penting hormati bahasa kita ok ???

Thursday, June 5, 2008

hARga TiNggi ???

minyak naik lagi ??? adush ! mesti ramai di luar sana tepuk dahi kan ??? pening beb !!!
dijangka minyak naik lambat lagi tup, tup naik dalam minggu ni jugak ...
berduyun-duyun pengguna jalan raya ke stesen minyak untuk mengisi tangki sampai sesak semua stesen minyak ...

emm, sebenarnya isu minyak ini terlalu subjektif ... dan ini adalah isu global sebenarnya ...
ada yang tak kisah dengan kenaikan ini tapi, ramai yang membantah ... hakikatnya kita sebagai pengguna harus bersedia dengan kenaikan minyak atau kenaikan apa sahaja barang ...

Malaysia masih di tahap yang sederhana harga minyaknya berbanding di negara luar ... bayangkan di Amerika Syarikat harga minyaknya 4 dolar seliter !!! ... jadi kita harus menerima kadar harga minyak baru ini ... Malaysia kini adalah negara sedang mambangun lalu, kenaikan harga barang tidak dapat dielak ... di negara maju misalnya harga-harga barang melambung ... apatah lagi di Malaysia yang bakal menjadi negara maju pada tahun 2020 ...

dan kini kita harus menerima untuk kenaikan harga barang ... mungkin harus untuk kita berjimat cermat untuk menampung gaya hidup yang semakin tinggi nilainya ...

dari semasa ke semasa segala keperluan akan melambung harganya oleh itu persiapkan diri dengan ketahanan mental dan fizikal agar kita mampu menangani permasalahan kenaikan harga ini ... harus diingat Malaysia adalah negara yang sedang membangun dan akan menjadi negara maju jadi sama-samalah kita hadapinya ...



Wednesday, June 4, 2008

sAyAnG mAmA !!!

bermaknakah hidup andainya belum kamu lakukan sesuatu untuk diri kamu ???
bermaknakah kamu andainya kamu tidak membela nasib ahli keluargamu ???
apa ertinya kekayaan itu untuk kamu andainya nasib mereka seperti dulu ...
sangupnya kamu menyisihkan si tua itu hanya semata-mata kerana malu ???
malu mengakui si mikin itu ibu bapa kamu ??? apakah sanggup kamu biarkan hidup mereka melarat ? sampai hati kamu !!!

selama kamu dibesarkan bukan balasan wang ringgit diinginkan cuma ingat apa yang mereka lakukan ... sampai hati kamu, membiarkan mereka memendam rindu untuk menatap wajah mu ... sampai hati kamu sehingga kamu sanggup buang merek dalam hidup kamu ... layakkah kamu hidup sebenarnya ??? berdosanya kamu melakukan begitu ...

dan pada diri aku sering aku ingatkan, ime jangan dilupa menjenguk, keluarga di kampung, jangan dilupa membantu bila diperlukan ... hanya ketika hidup ini aku akan lakukan apa sahaja untuk mama aku kerana aku terlalu sayangkan dia ... kerana dia aku di dunia ini melihat keindahan bumi ... kerana dia jua aku di sini melangkah menuju kejayaan ... mama, alang sayang mama !!!

rInDu kAt KoRaNg !!!!

ade ke patut si fariza gelakkan aku bile aku dengar lagu aliff aziz ??? panas hati jer !!!
nak wat macam mane aku dah terminat dengan penyanyi dari singapura tu ...
fariza cakap, 'ade ker patut minat kat budak sekolah tu ???'
emm, nak jawab pe ... biar je la ... kutuk ar, tak kisah pun ...

emm, sekarang ni aku rasa masing-masing cuba untuk bersama seperti dulu ... aku rindu sangat kat kengkawan lame ni ... ain, linda, eidie, acoi, along faizal, bein, farah, shuhana, azura roslan, azura che' on, rizal, anuar, ait, minhad, angah, ayu, intan, aton, azri ... sape lagi erk ??? tapi, inilah kengkawan yang agak rapat dengan aku dulu ...
ayu ??? mane dia ek ??? dah lame aku tak dengar cite dia ... rindu aku kat dia ... dulu balik je tuisyen bahasa inggeris mesti singgah leypark kat depan umah ayu ... ayu, namanya seayu wajahnya ... aku tak ingat nama penuhnya, panjang sangat ...

ayu, kalau ayu ade bc blog ni ayu respon ime k ??? lgpun rindu nak tengok ayu ... ingat lagi muka ayu kalau merajuk ... selalunya mesti merajuk ngan ime kan ??? huhu ... rindu beb !!!

adush !!!

alamak !!! tadi baru dapat mesej dari fariza ada ke pening nak g mane berjalan ??? lawak betullah !!! huhu ... eija pulak tak dapat nak joint ... adus !!! camne ni ??? ieka ??? emm, minah tu balik kampung ... ade ke patut suruh jemput kat tanpin ??? macam mane ??? emm, pe cite ni ??? melaka ??? jb ??? aku tahu yang paling best leypark kat melaKA ... kalau jb aku tak tahu pulak ape yang menarik ... melaka boleh leypark kat a famosa ek ? so best gak kan ? weh, kengkawan tak yah pening, pening kan kepala ... leypark melaka jer ... bukan bercuti pun kan ? balik hari beb !!! jangan la fikir sampai pecah kepala !!! itu cadangan aku jer ... si fariza pulak tak tahu la nak g tempat macam mana ... pening gak minah tu ... huhu ...

lagpun aku pun dah lame tak berjalan dengan family ... leypark kat melaka ??? emm, best gak kan ??? huh ! gerenti acu nak ikut ... emm, tak pe la itu jer satu-satunya adik yang aku ada ... sayang aku kat dia tapi, aku tak tahu nak tunjuk macam mane ... yelah masing-masing kasar ... emm, lawak pulak ...

so, geng aku dah gtau mane ptt korang leypark ... so pepandai ler sendiri ... huhu

Sunday, June 1, 2008

tEaM mAiNtAiN ...

tak tau kenapa sejak akhir-akhir ni aku teringatkan korang ...

nurul atiqah :
aku kenal sejak sekolah rendah ... cara perkenalan kami agak lawak dan nakal sedikit ... emmm, tapi, takkan aku lupa detik perkenalan itu ... kau pun gerenti ingat kan ??? ... huhuhu ...
rapat sejak kami dipertemukan dalam Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) di Paroi ...
banyak kenanga kite kan ieka ??? tak mampu aku buang ... pahit, manis segalanya secukup rasa ... dan aku tetap seperti dulu akan sentiasa di sisi kamu untuk apa jua situasi ...
apa yang boleh aku katakan tentang ieka ? bagi aku dia seorang kadang-kadang moody, terlalu mengikut perasaan, ikut sangat kata hati, emm, selalu nak menang ... tapi, dia serang yang baik hati ... tak lokek, senang didampingi ... bukan sombong ... tapi, jangan ikut sangat emosi tau ieka, aku sayangkan kau !


azliana :
perkenalan kami di sekolah rendah jugak ... dengan perwatakan tomboy aku menarik perhatian dia ... sekadar ingin aku berubah sebenarnya ... emm, sehingga kini aku masih berhubungan dengannya walau jauh di mata ... di nun di utara sana ... aku harap kau akan sentiasa dirahmati ... yang paling penting makan nasi minyak jangan lupe jemput aku eh ... eh ???

liana ... dia seorang yang banyak cakap, kadang-kadang pendiam gak ... yang aku tahu hanya seorang je lelaki yang berjaya menawan hatinya tapi, sekarang mamat tu dah nak kahwin ... melepas la ko beb ! pape pun mamat yang baru ni jangan lupe kenalkan kat aku aaa ?

fariza :
apa boleh aku katakan tentang minah ni ? gedik beb !! huhu ... bukan sikit-sikit punyer gedik, banyak sangat ... jangan marah aaaa ... beb aku dah mengidam nak makan nasi minyak ko ni tapi, bilenye ? sampai kesudah tak dengar cite pape ni ? mamat baru bile nak kenalkan kat kiteorang nie ?? main sorok-sorok pulak ??? jangan kantoi aaa, kalau tak habis kena kutuk ngan kiteorang nanti ... hihi ... ingat tak cinta monyet kau tu ??? hek eleh bagi susah orang la lu minah !!! poyo je lebih ... main lari, lari tapi, sangkut pulak ... amacam ??? tapi, nak wat macam mana mamat tu pun dah nikah ... ingat tak kat Ulu Bendul tu ??? jeng ... jeng ...

eija :
maintain beb !!! awek maintain (group kiteorng) ... ingat tak 'I miss u like crazy' ? mesti ingatkan ??? tak boleh lupe ... sebabkan lagu tu ko merajuk ngan kengkawan sendiri ... adus!!! payah nak pujuk beb !!! hati batu !!! tapi, kite tetap maintain kan ?? sampai sekarang kite masih bersama tapi, tak macam dulu ... sume bz ... tapi, aku gerenti satu hari kite pasti dapat berkumpul macam dulu ... jangan lupe senang-senang telefon aku ek ???

kamalia :
cepat naik angin itu memang tak boleh nak elak ... tak tahu la kenapa tapi, aku sayangkan dia ...
lagipun ape yang berlaku ada hikmah kan ??? so beb tabahkan hati aaaa ... aku doakan segalanya berjalan dengan lancar ... jangan lupakan aku ...

* weh !!! ramai sangat nama aku nak taip ni ... pape pun Team Maintain tu tetap dalam ingatan beb !!! macam mane kite kantoi bersama, kena babap ngan cikgu roslin ... hahaha ...