Thursday, May 29, 2008

bilamana persoalan namun, masih jua tiada jawapan ...
aku jadi buntu sendiri ...
bagaimana untuk aku memberi jawapan yang pasti ???
sedangkan aku belum ketemui ???
lalu, berikan aku sedikit waktu ...

Tuesday, May 27, 2008

aYaT-ayAt cInTa - rOssA ...

Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit


Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama

Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud ...


* bila ku baca novelnya seakan tersentuh jiwa ... perasaan yang berbaur campurnya ... memberikan aku kesedaran pada CINTA ... dan aku teruja dengan filemnya yang bakal ditayangkan di sini ... lagu ini puitis tulisannya ... mendayu melodinya ... terbuai perasaan dibuatnya ... aduh!menikam terus dalam jiwa ...

* pada A, jangan persiakan cinta yang sudah di depan mata ... jangan kejar cinta kerana kau mungkin tak mampu milikki keduanya ... dan aku hanya mampu berdoa agar dirimu bahagia di sana ... jangan biarkan dia kesepian tanpa cinta mu ... jangan tinggalkan dia kerana kau menagih cinta yang lain ... ketahuilah dia anugerah terindah dalam hidup mu ... berikan bahagia, berikan cinta mu padanya insan yang sentiasa di sisi mu ... berikan rindu itu padanya ya ... jangan dicari pada yang lain kerana iti tidak mungkin terjadi ... dan aku akan bahagia andainya kau gembira ...

* buat H, hadirnya dirimu membuat aku lebih bersemangat meneruskan hari-hari yang datang ... bersama selagi hayat masih ada ... maafkan aku andainya ada sesuatu yang tak mungkin aku mampu beri ... biarlah dulu ya ??? namun aku senang bila kau senyum, aku gembira bila kau ketawa ... hanya itu mampu aku berikan padamu ... menceriakan hari-hari mu ... terima kasih kerana memahami aku ...

* untuk S, bukan aku ingin lari tapi, kekadang aku seperti bukan apa-apa untuk mu ... kekadang aku seperti tidak mengenali diri mu lagi ... seolah orang asing bila mendekati ... dan aku berusaha perbetulkan namun, kesalahan itu jua yang terpamer ... bukan niat untuk mengulangi tapi, aku tak tahu bagaimana hanya itu saja yang kau lihat ... dan aku rasa terasing ... entah kenapa aku punya perasaan seperti itu ... maafkan aku andainya nanti satu keputusan melukakan hatimu dan jua hatiku ... terima kasih kerana membenarkan aku mengenali dirimu ...

Monday, May 26, 2008

cInTa ...

cinta ... cukup bermakna cinta itu ... pelbagai tafsiran mengenainya (setiap kita punya pemikiran berbeza bukan ?) ... mungkin sukar untuk memahami namun tidak susah untuk mengerti ...
aku percaya antara kita punya cinta ... tidak kira cinta pada apa atau pada siapa ...
cinta kan punya maksud yang meluas ? jangan disempitkan hanya perkara yang tiada kaitan tentang cinta ... aku juga punya cinta ... cinta yang berbeza-beza ...

pernah terdengar cinta yang suka-suka ? ada juga cinta sejati ? cinta perlukan pengorbanan ?
tinggalkan cinta untuk orang yang dicintai ... pertahankan cinta ?
ada yang cintanya membawa bahagia, ada cintanya yang memberi kekuatan dalam diri ...
ada cinta yang bisa menjatuhkan, ada juga cinta yang menyakitkan ...

bukan salah cinta itu bukan ? lalu salah apa ? salah siapa ?
kekadang punya cinta tak mampu diluah, tak mampu diungkap ...
pendam sendiri lalu terluka melihat seseorang yang dicinta punya cinta pada yang lain ...
demi cinta lalu dibiar cinta pada seseorang menyepi agar seseorang itu bahagia bersama insan lain ... lalu hati sendiri kecewa, menderita ... salahkah cinta ? tidak bukan ?

cinta ... ah!terlalu rumit memikirkannya ... cintai cinta lalu cintai aku seadanya ...
masalah aku hampir menuju penyelesaian tapi, bila sahabat ini datang membawa kisah duka perlukah aku lari menghindar ? aku bukan seperti itu ... aku cuba menjadi pendengar walau hakikatnya aku jua punya masalah yang perlu diselesaikan ...
dan bila saat sahabat aku ini datang membawa seribu satu kisah untuk
diluah lalu, aku harus jadi pendengar setia ... tanpa ada sekelumit jemu, tanpa ada sikit rasa bosan ... aku tahu sahabat aku ini perlukan sokongan lebih-lebih lagi dari sahabat yang memahami (aku seorang yang memahami ke ???) ...


dan aku perlu memberi kata semanagat padanya agar dia merasakan aku bukan disini semata untuk mendengar tapi, sebagai saudara yang akan memberi nasihat ...
lalu, aku bukan ingin menyimpul masalah sahabat ini tapi, aku cuba merungkai ... mencari jawapan yang pasti ...

air matanya sentiasa murah mengalir bila bercerita ... aku ? aku cuba menahan agar aku tidak jua terjerumus dengan kesedihannya ... aku mahu nampak kuat, agar dia jua kuat ...
aku cuba menceriakan keadaan agar dia tidak merasa kasihan ... impak kepada masalah sahabat ini ialah sekeliling ... pada awalnya sukar untuk aku akan masalah ini ... masalah antara kedua pihak yang perlu aku selesaikan ... dan bukan kerana dia sahabat perlu aku menyokong tapi, aku perlu tahu apa yang berlaku ...

bukan aku tidak mahu membenarkan ini berlaku tapi, sepatutnya tidak perlu berlaku ...
bukan untuk menyalahkan tapi, sekadar memberi kritikan ... segala salah bukan untuk dibalas ... segala kejahatan jua bukan perlu pembalasab bukan ? tapi, kenapa masih ada dendam dalam hati mu sahabat ? kerana dendam segala masalah bukan dapat dirungkaikan tapi, makin merumitkan sahabat ku ... jangan terlalu berkata dengan ego dalam tangisan ... perbaiki segala kesalahan dan aku bukan jua sempurna ... kita hanya manusia biasa ...

sahabat aku sekadar ingin beritahu, bahawa aku sayangkan kamu ... kita bagai saudara bukan ?dan aku tak mahu lihat kau terjerumus dalam kekecewaan kerana dendam yang tak dimaafkan ... aku tahu kau pasti tahu maksudku bukan ??? dan aku hanya inginkan senyuman di wajahmu, inginkan gelak ketawa menghiasi bibir mu ... biar lidah mu bicara yang indah-indah ... biar mata mu memancarkan cahaya kebahagiaan ... bukan wajah muram mu, bukan tangisan mu untuk kau pamerkan pada ku sahabat ... aku doakan agar kau sabar segala ujian ...

ingat sahabat aku di sini sentiasa memberi apa yang patut aku beri ...



baru-baru ini aku kecapi percutian yang bermakna (bermakna ???) ...
aku tak tahu apa aku rasa sekarang ... gembira ?(kerana apa?) ... mungkin kerana percutian ini ... percutian yang cukup simple tapi, memerlukan aku untuk menyelesaikan segala masalah yang bertimpa di bahu ini ... masalah-masalah yang mungkin akan kembali lagi ...
lalu, aku cuba untuk belajar ... menyelesaikan segala kerumitan, merungkaikan segala ikatan permasalahan ...

pada saat itu aku seperti binggung mencari jawapan akan masalah-masalah ini ...
aku bermuhasabah diri, mencari lalu mentafsir ... alhamdulillah, aku ketemu apa yang patut aku lakukan ... ringan sikit masalah yang dihadapi ... biar pun aku hadapi seorang diri tiada siapa yang peduli namun aku tetap tahu bahawa DIA lebih mengetahui ...

terima kasih Tuhan kerana mendengar ... memberi aku ruang untuk menyelesaiakan segala kerumitan ...

Friday, May 23, 2008

kenapa perlu air mata ini datang ???
aku tak mahu menangis lagi ...

tak mhu aku tumpahkan kesedihan ini ...
aku cuma mahu senyum ... aku cuma mahu ketawa ...

jiwa resah hingga aku sendiri tak tahu untuk apa itu ...
fahamkah aku akan realiti ini ???

senyumlah bibir ... jangan biar mata ini dengan kesedihan
cerialah hati ... jangan biar jiwa ini kekosongan ...
bila aku cuba untuk bahagia
kenapa aku jadi takut dengan cinta ???

kenapa ??? perlukah aku lari dari gembira ???
mengapa aku dipilih untuk hadapi ini ???

cukup sabarkah aku ???
aku ingin lari dari segala ini
tapi, kenapa ia seolah mengejar dan terus mengejar ...

mengapa tidak boleh untuk aku rasa bahagia ???
atau aku yang lari dari gembira ???

kenapa bila saat aku memerlukan cinta
gelap pasti datang merampas ia ...

mengapa ??? aku jua ingin bahagia ...
aku jua ingin cinta ...

cintai aku dengan hati kerana diri ku ...


entah kenapa bila ia datang jadi keliru ...
kenapa ???
sesungguhnya bukan ingin begitu tapi, hakikatnya sudah di tentu
lalu, untuk apa air mata ???
bukan meraih simpati tapi, sekadat ingin dikasihi ...

masihkah ada yang memahami ???
kenapa dibiarkan sendiri ???
seolah lari ???

tak sanggup berdepan realiti
selamanya ingin fantasi ...

Wednesday, May 21, 2008

bila rasa itu hadir ... tak mampu mengelak
hakikatnya, diri tak mampu menerima ...
bukan lari cuma takut menghadapi ...
lebih baik berfantasi dari berdepan realiti ...

Sunday, May 18, 2008

sering kali terlupa apa yang berlaku ada hikmahnya ...
apa yang baik dan jahat pasti ada balasannya

antara dua perkara dalam kehidupan ...
di kecewakan atau mengecewakan

dua perkara dalam kehidupan ...
dilukakan atau melukakan

lalu, untuk apa tangisan ? andai dua perkara itu asas dalam kehidupan ...
pernah kecewa ? pernah mengecewakan ?

mungkin ... sedar atau tidak ...
terkadang terusik dalam jiwa
keikhlasan tak memberi apa-apa ...

mengapa sering kali kecewa ?

sElAmAt HaRi BeliA ...

nak taip ape ek ? emm, aku baru baca paper tadi so, apa yang menarik perhatian aku ?
tentang belia ... emm, sekadar ingin mengucapkan selamat hari belia pada semua belia di Malaysia ...

belia ? belia harapan bangsa, jua harapan negara ...
pasti ingat lagu allahyarham sudirman hj. arshad bukan ?
warisan ...

kita belia dan kitalah penyambung warisan ... hayatilah lagu ni erk ?
aku pasti kalian akan memahami ... jangan sia-siakan kemerdekaan yang
telah kita perolehi ... walau 50 tahun sudah kita merdeka tapi, belia kita dan aku jua (aku ingatkan diri aku) jangan mudah terleka ... kerana kelekaan itu
boleh tergadai maruah, tercalar kemerdekaan kita ...
jangan alpa kerana ia membuat kita lupa asal-usul ini ...
ayuh! belia semua jangan kita gadaikan penat jerih warga terdahulu yang bersusah payah memerdekakan kita ...

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan baratKu jejaki
AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan ...

* kit penyambung warisan untuk wariskan segala kejayaan pada generasi akan datang ... jangan biarkan kita sendiri gadaikan segala yang ada ... harus apa nanti yang tinggal untuk generasi akan datang ? fikirkan, renungkan ...

Saturday, May 17, 2008

membuat sesuatu tanpa rela
memberi satu rasa keterpaksaan ...

keikhlasan hilang, kejujuran terbang
yang ada cuma terpaksa ...

kenapa ? memberi tapi, mahukan balasan ...
pertikaian sahaja yang timbul ...

lalu mana pergi perikemanusiaan ?
mana lari erti rasa keinsafan ?

masih punya hati tapi, selalu lupa diri ...

sElAmAt HaRi GuRu ....

aku masih ingat saat nakal ku di waktu sekolah
pening cikgu-cikgu melayan karenah anak murid seperti aku ...

aku dengan kawan-kawan yang lain suke cari masalah
walaupun kekadang bukan nak wat masalah pun tapi, suke-suke je ...
kalau tiada mereka mungkin aku dan rakan-rakan yang lain tak berjaya kan ?

mungkin ada segelintir mereka yang terus hanyut tapi, aku dan segelintir lagi masih mampu
untuk membezakan antara realiti dan fantasi ...
ada masa untuk itu ...

lalu, aku dan rakan-rakan yang lain ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Guru pada semua guru yang pernah ajar kami di sekolah kebangsaan senawang (1991 - 1996) dan
di sekolah menengah kebangsaan senawang (1997-2001) ...
tanpa mereka aku tahu aku tak mampu menjadi seperti sekarang ...

walaupun dulu aku sedikit nakal tapi, mereka jua yang membimbing aku untuk terus berjaya ...
walau dulu aku sering terkasar bahasa ... terlanjur kelakuan namun, mereka tidak pernah putus untuk terus mengajar dan mengajar aku ... mungkin di kala itu aku tidak sedar bahawa mereka bersusah payah untuk membela anak bangsa, untuk memberi ilmu pada pewaris negara ...

mereka tidak pernah mengeluh ... apatah lagi menyesal dengan apa yang dilakukan ...
mereka lakukan dengan seikhlas jiwa, dengan setulus hati ...
membakar diri untuk memberi cahaya pada orang lain ...
lalu, sanggupkah aku untuk memberi kegagalan pada mereka ?

walau aku bukan pelajar yang baik di kala itu ...

* pada semua guru di Malaysia ... pada cikgu rashidah, cikgu rohana, cikgu tarzimah, cikgu rohani, cikgu roslin, cikgu hana, cikgu hayati, cikgu rosman, cikgu gan dan pada cikgu yang pernah mengajar saya (walau nama tak tersenarai, terlalu ramai ya ...) terima kasih kerana memberi ilmu itu pada saya ... takan saya sia-siakan apa yang diberi ... terima kasih cikgu !!!!!
mencari hakikat di balik kepuraan
mencari benar di balik kepalsuan

mana mungkin jawapannya disaksikan
atau mungkin jawapannya disalah ertikan ?

mengapa payah untuk perkatakan sesuatu tanpa berselindung
sukar untuk memahami perkara yag tersurat apatah lagi yang tersirat ...

jangan terlalu mendesak ... dan jangan terdesak ...

memberi cara yang lembut walau dibalas dengan cacian, kejian ...
sabar itu tonggak perasaan ... tahan emosi agar mampu berdiri lagi ...

Thursday, May 15, 2008

iDoLa AkU ...

aku tau semua orang ada idola kan ?

dan aku jua ada ... tapi, ada tak orang yang tak de idola ???
emm, idola aku adalah orang yang paling dekat dalam hidup aku, paling dekat dalam hati aku, paling dekat dalam jiwa aku ...

idola aku seorang yang tabah, seorang yang kuat, seorang yang tak pernah aku lihat putus asa, seorang yang selalu menjaga aku, seorang yang manis, seorang yang segalanya bagi aku ...

aku terlalu sayangkan dia, aku terlalu cintakan dia, aku terlalu memuja dia ...

idola yang aku sering nampak depan mata ... aku lihat kepayahannya, aku lihat keperitannya tapi, dia masih mampu tersenyum walau berduka dan dia masih mampu ketawa walau dalam jiwanya sedang dilanda gundah ... hebatkan idola aku ???

aku tak tau nak gelarkan idola aku tu apa ... memang super !!!!
aku selalu ingin jadi sepertinya ... menjadi setabah dia, menjadi sekuat dia, menjadi seanggun dia, menjadi seteguh dia, dan segalanya tentang dia ... mempukah aku menjadi sepertinya ???

mungkin kan ???

mama, mama segalanya dalan hidup alang ... alang tak tahu la kalau alang tak de mama ... tak de orang seteguh mama yang alang jumpa ... walau kekadang terjatuh, walau kekadang tersungkur tapi, mama masih mampu tersenyum, masih mapu ketawa tanpa memperlihat apa yang melanda dalam hati mama ... mama, alang sayang mama sangat !!! i love u mama !!!
you r my idola !!!

mAsAlAh ...

masalah, masalah, masalah ...
hidup tak pernah lari dari masalah ...
boleh tak dalam sehari tu tak de masalah ?????
pening, pening !!!!

kadang-kadang aku mau lari dari masalah tapi, bagaimana ????
kadang-kadang aku tak mau masalah, hakikatnya tidak ...

bila selesai satu masalah, timbul masalah lain
jadi mana nak mula ????

pening, pening !!!
tapi, kalau tak de masalah macam mana kita nak hadapi kehidupan kan ???
kalau tak de masalah macam mana kite nak matang kan ???

jadi, terima masalah itu seadanya lalu selesaikan selagi terdaya ...
dan akhirnya mematangkan fikiran untuk lebih berani hadapinya kan ???

fikirkanlah ... segalanya di tangan sendiri
andai kite bijak tangani pasti kite mampu berdiri walau masalah itu terlalu berat di bahu ...
andai kite membiarkan masalah tanpa penyelesaian lalu, sekecil zarah pun pasti berat untuk dipikul ...

so, mane kite erk ???


Wednesday, May 14, 2008

sElAmAt PeNgaNtIn BaRu ... Qadar & Ainz ...

aku rase belum terlambat untuk aku ucap,
Selamat Pengantin Baru pada sahabat aku, Qadar ...

Qadar ? aku kenal mase sekolah ... agak nakal ...
suke menyakat (itu memang hobi kot ? huhu) ...
memang kadang-kadang aku rase dia ni menganggu ketenteraman awam ...
tapi, kerana sikapnya yang suke 'menganggu' inilah di disenangi sebenarnya
kelakuan yang kekadang sedikit 'playboy' membuatkan dia agak dikenali
(golongan hawa jer ar) ...

kadang-kadang bile dia mula bukak mulut emm, pening kepala kejap la sbb asyik wat lawak yang tah hape-hape ... bile dia tak de sunyi gak kelas ...

namun, walau sikap 'playboy'nya ade nasib baik awek mamat ni
(sekarang dah jadi bini pun)
boleh tahan dengan sikap dia ... huhu ! perkenalan mereka dari sekolah ...
sebagai adik ngan abang angkat (last-last terangkat erk ? huhu !) ...

ape-ape pun aku ucapkan semoga kau bahagia hingga ke akhir hayat ...
sori ar kawan aku tak dapat menghadirkan diri ke majlis ko sbb aku kene keje wawawa !!!!

tapi, persahabatan kite tetap maintain aaaaa !!!!

*khas untuk pengantin baru Qadar & Ainz
(cepat-cepat dapat anak tak sabar nak jadi mak angkat nie !!! hihi ....)
)

kIsAh AkU ...

sekadar ingin bertanya mengapa baru sekarang mereka membuka cerita seperti pengkid, tomboy, lesbian ? bukankah gejala itu sudah bertahun-tahun ? namun baru sekarang mereka buka mata ? bukan aku marah tapi, kesal sedikit kerana kelewatan untuk membongkar cerita ini ...

aku sudah acapkali membaca kisah mereka di akhbar sejak akhir-akhir ini ...
aku sedih mungkin tapi, hendak diperbetulkan ? di mana permulaannya ? dan akhirnya pun kita seperti kurang pasti ...

aku pernah remaja ... mungkin benar di masa itu kekusutan identiti sedang melanda begitu jua dengan diri ku ... sedar atau tidak pada masa itu aku jua seperti mereka ... pernah terdetik di hati menyukai kaum sejanis ku sendiri ... gila bukan ? yap! memang gila ! itu bukan norma manusia normal ...

pada pengalaman aku sendiri, aku bernasib baik tidak terjebak jauh ... tersedar dari mimpi-mimpi ... hakikatnya disaat aku sedang meningkat remaja aku dikelilingi sekumpulan lelaki ...
bermain dengan mereka ... pelbagai aktiviti lasak, aku pun sebenarnya kurang berminat dengan permainan masak-masak ... dan aku lebih tertarik dengan gadis yang comel-comel ...

bila aku menjengah ke sekolah menengah bermulalah kehidupan remaja yang sedang kecelaruan identiti ... bukan aku seorang menghadapinya namun hakikatnya ramai ...
aku suka bermain bola ... pernah jua mewakili daerah untuk permainan bola sepak ... dan rakan sebaya yang aku kelilingi kebanyakannya adalah tomboy, pengkid ... sedar atau tidak ada jua rakan-rakan yang lain berpakaian feminin tapi, lesbian !

aku mulai seronok bergaul dengan mereka ... lebih-lebih lagi ada segelintir dari mereka yang meminati aku ... biasak la pemain bola sepak dan aku jua pemain bola baling wakil sekolah ...
siapa yang tak berminat bukan ? tapi, bila aku mula berusia 16 tahun aku mula sedar itu bukan manusia normal ... dari mana kesedaran itu timbul aku sendiri tidak pasti ... tapi hati aku selalu mengatakan bahawa jangan melalui seperti itu lagi ...

percaya atau tidak walau hati ini pernah dijentik untuk menyukai kaum sejenis ku tapi, aku tak pernah bercinta dengan mereka ... walau ada yang merayu, memujuk tapi, aku tak pernah heran dengan mereka ... sampai ada kawan-kawan yang lain kate aku tolak tuah ! emm, aku minat melihat bukan aku nak bercinta pun, jawab aku selamba ...

pernah suatu ketika aku dipanggil oleh ustazah, kerana perangai 'kelelakianku' tapi, aku tak amik port pun coz mase tu aku baru mencari identiti ... pernah aku digosipkan dengan kawan baikku sendiri ... linda & fariza ... mereka jadi mangsa dengan mulut-mulut laser ... huh! kesian gak aku tengok ... tapi, aku dan mereka tak bersalah mungkin kerana perangai 'macho' aku dan mereka pula gadis yang lemah - lembut ...

tapi, sekarang terbukti aku mampu melawan segala hasutan (insyaallah) ...
aku adalah wanita yang sempurna kejadiannya ...
dan aku bangga menjadi wanita ...



Monday, May 12, 2008

lAgU jIwAnG ...

aku lahir pada tahun 1984 tapi, aku suke dengar lagu tahun 80-an - 90-an ...
walau aku bukan di zaman kegemilangan rock kapak namun, bile aku meningkat dewasa aku lebih berminat lagu-lagu begitu ... bagi aku liriknya penuh makna ... penuh perasaan ...
walau aku mungkin hanya tahu nama kumpulan yang popular pada zaman itu namun hakikatnya aku pasti bukan semua aku kenal ...

patahnya sayap malam, kau yang satu, ke pintu kekasih, sufi, hanya padamu, taman astakona, isabella dan pelbagai tajuk lagu lagi yang tak mampu aku taipkan di sini ... lagu-lagu ini mencarik perasaan aku dengan liriknya, dengan melodi yang menyentuh perasaan ...

bahas yang digunakan cukup puitis, cukup syahdu ... memberi makna yang amat mendalam ...
melodinya menyentuh perasaan ... gaya penyampaian yang penuh penghayatan ...

memberi impak pada pendengar ... atau mungkin mampu mengalirkan air mata ?
bila sepi mencengkam
resah dalam hati ...

bila rindu melanda, jiwa jadi tak keruan ...
bila sayang membara, lalu luahan bagaimana ?

cinta hadir kala diri ingin berlalu ...
memberi satu petanda atau apa ?

hati terkunci tapi, ketukannya bertalu-talu ...
membuat perasaan menjadi pedih ...

lantas terbuai walau dalam paksa ...

aYaT-aYaT cInTa ...

ayat-ayat cinta ?
aku baru sambung membaca buku ini (sebelum ni baca tak habis) ...
jadi aku kena membaca dari mula ...
apa yang aku boleh katakan tentang novel terjemahan ini ?
memang menarik walaupun ianya adalah pembacaan yang berat ...
gabungan antara cinta pada ALLAH, pada Rasul, pada sesama manusia ...
cinta pada setiap kejadian-NYA ...

baru-baru ni aku baca satu paper (tapi, tak ingat paper ape) ...
di Indonesia (kalau tak salah aku) seorang pengarah mengambil langkah berani dengan membuat filem mengenai novel ini (filem adaptasi dari novel) ...

menurut artikel itu bahawa presiden Indonesia, Susilo turut menyokong dengan filem tersebut ... agak menarik bukan ? ingin sekali aku menonton filem ini ...

aku pasti garapannya pasti menarik ...

Sunday, May 11, 2008

ketidakcukupan mengajar untuk mengcukupkan ...
tapi, bukan untuk ketamakan apatah lagi untuk kesempurnaan
sekadar untuk penghayatan kehidupan ...

kepentingan adalah kesederhanaan
jangan terlalu menjadi ikutan ...

cukup jadi azimat sekadar ingatan ...

bila aku ingat-ingatkan kekadang aku perlu untuk itu ...
entah mana salahnya ... entah mana silapnya ...
kekurangan diri jadi pertikaian ...

aku sekadar manusia biasa ...
bukan sempurna ... apatah lagi betul segala kelakuan ...
kekadang tersalah langkah ...
kekadang terlanjur kata ...

hanya maaf aku pinta ...
mungkin jelak mendengar tapi, apa perlu aku ucapkan lagi ?

Saturday, May 10, 2008

SeLaMaT HaRi IbU ....

hari ibu ? bagi aku setiap hari adalah hari ibu ... dan mungkin 11 mei setiap tahun disambut
istimewa pada semua ibu-ibu atau mama-mama atau apa sahaja panggilan si anak buat mereka ... pada aku seorang mama yang aku kenal selama ini seorang wanita yang paling tabah ... yang paling berani ... yang paling sempoi ... dan yang paling aku sayang dan cinta ... yang aku puja ... ingin sekali aku jadi sepertinya tapi aku tak sekuat dia ... bila aku kenangkan apa yang dah dia lakukan pada aku dan adik-beradik yang lain airmata seringkali hadir ... terjangkaukah impiannya untuk melihat aku dan anak-anaknya yang lain berjaya ? aku mampu itu namun, aku perlu berusaha lagi untuk dia bangga punya anak seperti aku ... segala pengorbanan, segala penat lelahnya, segala yang dilakukannya tidak termampu untuk aku balas dengan wang ringgit ... bila ku ingat saat dia menangis kerana sikap dan kelakuan ku, aku sebak tiba-tiba ... berdosanya aku membuatkan dia bersedih, berdosanya aku membuat dia begitu ... lalu kini aku cuba untuk tidak sakiti hatinya lagi ... aku cuba walau terkadang aku terlupa dengan janji itu ... apa yang aku ingin lihat agar mama tersenyum, agar mama gembira, agar mama bahagia ... mampukah aku ? mama, tiada lain hanya diri mu ratu dihatiku ... kewanitaanmu membuatkan kau menjadi idola selamanya dalam hidupku ...
buat ibu seluruh dunia, Selamat Hari Ibu !!!!

* buat mama tersayang, Rosnane Abu Kassim ... alang sayang mama !!!!! muah ....

Thursday, May 8, 2008

dInGaNgGu ???

pernah tak rase tak mahu dinganggu ? seringkali bukan ?
bile kite rase tak mahu dinganggu semestinya nak layan mesej dalam telefon bimbit pun tak nak kan ?
mase tu kalau boleh nak offkan handphone then tak nak datang kerja / kuliah pun ye gak ...
rasenye sesiapa yang menganggu kite nak marah je ...
macam mane tu ? angin tak tentu pasal ?
pelik ? tak la itu memang lumrah kehidupan manusia ...
kekadang perasaan itu datang tanpa kite duga ... tanpa kite sangka ...
jadi perlu atasi ...
cara mengatasi pun berbeda bukan ?
lantas bukan kite tak perlu untuk itu tapi, kekadang hati menguasai akal itu pun masalah ...
atasilah ia sebelum kita diatasi oleh perasaan ...
bukan mencari tapi, sekadar memberi ...
bukan aku tidak tahu itu
memberi bukankah lebih baik dari menerima ?
lalu, untuk itu aku rela memberi tanpa alasan
tanpa syarat ...

hanya pemberian itu membuat aku lebih bahagia ...
lebih banyak cinta ...
lalu untuk apa aku pertikaikan ia ?

semahunya aku ingin mereka menerima ...
sebanyak mana aku mampu beri

aku sekadar menumpang di bumi
lalu, aku ingin cinta, bahagia dirasai ...

Wednesday, May 7, 2008

entah mana silapnya dia hilang tanpa bicara
lalu bayangannya jua tidak terlihat ...
jadi keliru ... kenapa ya begitu ?

taman itu jadi kenangan ...
setiap petang ke sini, mana tahu kau muncul lagi
tapi, hanya kekecewaan di hati
hingga matahari merah kau masih tidak kembali

ku harus pergi ...
mungkin kita bertemu lagi ?

KaLiaN dAlAm HiDuP aKu ...

aku tak tahu kenapa saat-saat macam ni aku terlalu perlukan korang ...
kadang-kadang aku terlalu rindu dengan kenangan dulu ...
korang rindu tak ? bile kita ketawa, sedih, kantoi ... sume bersama ...
bile aku tengok korang aku tahu korang semua hampir berjaya ...
kita hampir berjaya ... kita mampu tangkis apa yang orang selalu cakap kat kite ...

aku bersyukur sebab ada kenalan seperti korang ...
apa perlu aku panggil ? sahabat ? tapi, kite lebih dari itu kan ?
kite selalu bercerita ...
bile lagi ek kite dapat bersama macam dulu ?

sekarang pun kite bersama cuma tak selalu seperti dulu
namun, kite masih boleh bercerita ...
berkongsi sama-sama kan ?

apa-apa pun aku harap hubungan kite sampai bile-bile ...
doa aku semoga kalian dilindungi dan kejayaan milik kite bersama ...

* untuk ieka, ieza, ieja, liana, lia

Sunday, May 4, 2008

kEjAdIaN aPe NiE ???

pernah seseorang berpesan pada aku ...

"jangan menyesal apa yang kamu dah buat"

namun persoalan ku lontarkan, "penyesalan itu bukan kah perlu dalam kehidupan ?"

jawapannya, "ya, tapi sebolehnya jangan menyesal apa yang kamu dah lakukan"

lalu aku sendiri kurang mengerti ... hendak tak hendak aku suruh terangkan ...

lalu jawapannya, "perjalanan yang panjang perlukan pengorbanan serta kesetiaan lalu apa gunanya itu andai tiada kejujuran bersulam keikhlasan atau mungkin sekadar memperdaya lantas diperdaya ... mana satu kamu ? ciri-ciri apakah kamu ? lalu apa yang kamu runsingkan ? terkadang sebagai manusia, kita semua pasti pernah terlajak kata, terlamjur perbuatan ... lalu untuk apa menyesal ? bukankah kadang-kadang kita sering terlupa ? "

lantas aku memotong. " bukankah penyesalan membuatkan kita tidak akan mengulanginya ?"

"mungkin tapi, sebagai manusia pernahkah kita tidak melakukan kesilapan ? walau sebesar zarah cuma kita lakukan ia tetap satu kesalahan, lantas perlukan penyesalan ? "

aku terdiam ... kata-katanya punya maksud namun aku tetap kurang setuju ....
"lalu kalau bukan penyesalan apa yang perlu ada dalam kehidupan ?"

dia senyum sinis, mungkin sedang membaca fikiran ku ... lalu jawapannya,
"aku cuma perlukan perbetulkan ... perjalanan panjang kadang-kadang kita terlupa norma-norma manusia ... dosa, pahala ... solat ? sering kali terlajak bukan ? dan aku cuma mencuba tapi bisikan-bisikan syaitan sering kali menganggu ... iman senipis kulit bawang ini tersemat di dada, walau terkadang aku seperti kelekaan ... namun aku tersedar lalu perbetukan kesilapan itu "

aku hampir memahami katanya walau tidak sepenuhnya ...

sambungnya, " bila kamu mengalami ujian sebelah kaki kamu sedang menuju kehidupan ... bila kamu berjalan di keliling mu penuh duri ... segalanya menjadi pengalaman yang terbaik dalam hidupmu lantas bilamana satu hari kamu terjaga dari mimpi kamu pasti menangis dengan kesilapan itu ... cari jalan perbetulkan kesilapan mu ... kamu cuba sematkan di akalmu agar kesilapan itu perlu kamu hindari ... namun jangan sekali-kali kamu lupa bahawa kamu manusia "

aku semakin kurang mengerti ... aku menundukkan kepala ... ku angkat ingin bertanya ...
"eh ? mane pergi dia tadi ? aku bermimpi ? atau aku berfantasi ? ah ! tidak !!!! "

* walau aku tidak kenal dia namun kata-katanya masih aku ingt ... walau aku kurang mengerti maksudnya dan kejadian ini ...

kEnApA yA ???

antara ya dengan tidak ...
kenapa ya ?
lalu, apa perlu untuk diucap ?

antara ya dengan tidak ...
kenapa ya ?
jiwa ini sering ternganggu

antara ya dengan tidak ...
kenapa ya ?
sukar memberi untuk satu hari ...

antara ya dengan tidak ...
kenapa ya ?
mengapa tak mampu berbicara ?

antara ya dengan tidak
kenapa ya ?
lalu senyum ... hati terusik ...

antara ya dengan tidak ...
kenapa ya ?

aNtArA iTu & InI ...

malam tadi aku terfikir sesuatu ...
lalu terus aku meminggir
mengapa ya ? jawapannya tetap sama ...
kenapa ya ? rindukah ? bencikah ?

lalu mengapa aku sering tidak keruan ?
ku jengah luar jendela ...
pandang langit ... hamparan bintang berkerlipan ...
cantik, indah cahayanya menyimbah bumi
tapi, hati ini masih resah ...

merindui, membenci ...
lalu apa paling sesuai harus diluah ?
lantas jiwa ini seperti mati ... kosong ...

Saturday, May 3, 2008

ada seorang teman telefon aku dengan tangisan ... eh? kenapa ni ? soal aku dalam hati ... padehal aku jumpa dia semalam punye la hepy dia dengan sorang mamat ni ... tup ! tup ! hari ni call aku asyik menangis ... emm, pasal mamat semalam rupenye ... aku dalam hal macam ni kurang komentar sikit ... aku juz dengar apa permasalahannya ... lalu ape perlu aku ucap ? juz aku katakan bersabar ... bagi aku ini ujian yang perlu dilalui kan ? so apa lagi ? menangis la untuk rasa tenang di hati, apa lagi makin kuat teman ku ni menangis ... aku dah le tak reti pujuk ... emm, pape pun aku tahu teman aku sorang ni kuat ...

hEpPy ...

26hb april lepas aku ke kelantan bercuti ... ikut member jengah kampung dia kat pengkalan kubor ... memang seronok !!! banyak tempat kami meronda ... tapi, paling best bile mak member aku bawak aku ke Tak Bai ... memang teruja la ... makanan pun sedap-sedap beb !!! barang murah-murah ... hari ke-2 kitaorg meronda lar narathiwat dengan sg. golok pulak ... makanan memang sedap ... tempat pun cantik-cantik ... lebih-lebih lagi kat pulau narathiwat ... makan kat tepi lau (walau tak dapat mandi) ... membeli-belah kat situ memang membuatkan kite jadi gile siot ! banyak yang boleh dapat kat sane ... so bile lagi nak pergi ? memang aku akan kembali lagi kat situ ... happy holiday !!!