Tuesday, February 26, 2008

tAk SaBaR ...

bulan 3 bakal mendatang ... tapi, bila aku tengok diari hampir penuh dengan aktiviti ... aku senyum ... mungkin bulan 3 ni aku akan penat sikit tapi, tak kisah la yang penting aku gembira ... aku tahu perkara-perkara yang lama aku tinggalkan terlalu rindu untuk aku teruskan ... lalu aku pasti ini yang terbaik untuk diri aku ... aku perlu buat perkara-perkara itu ... weh! kawan-kawan aku tak sabar nak melakukan aktiviti-aktiviti yang dah lama kita tinggalkan ... jadi, jangan lupa aaa ... kita tawan puncak itu nanti !!!

?????

aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya ... mencari kesalahan orang ? tapi aku tahu lebih baik aku cari kesalahan sendiri dulu ... lalu aku seperti termangu ... aku tak pasti apa aku perlu ... aku tak tahu apa aku mahu ... lalu aku biarkan semuanya pergi ... biarlah ... aku seperti tidak berperasaan ... lantas aku biarkan kesakitan itu ... aku seperti tidak mahu endahkan apa yang diomongkan ... mungkin aku selesa tanpa berperasaan ... aku seperti batu ... hanya mendengar, hanya melihat ... tanpa mampu berbuat apa-apa ...

pAsTi ...

ahad lepas (24.2.2008) aku terima satu panggilan ... panggilan yang tak terduga sebenarnya ...
dalam keadaan mamai aku meneliti suara panggilan dalam corong itu ... aku amati dalam-dalam ... aku seperti mengenali ... keadaan yang mamai aku jerit, faez !!! terus mamai aku hilang ... gembira ??? memang terlalu gembira ... aku seperti tidak tahu untuk gambarkan perasaan itu ... tak terluah, tak terkata ... lalu perkataan apa yang paling sesuai ??? aku tak tahu ... tapi, aku tahu hati ku melonjak kegirangan ... kami berbual panjang ... segala kenangan bermain di fikiran ... rindu untuk aku kembali zaman penuh keasyikan ... aku senyum ... pernah satu ketika aku cuba mencari insan bernama faez ... dia hilang terus tanpa jejak namun takdir Tuhan tiada siapa sangka ... walau kami tidak bersua muka hanya suara sebagai penghubung tapi itu sudah cukup untuk menjentik rindu di hati ... akhirnya sahabat yang paling ingin aku jejak yang hilang tanpa dikesan ku ketemui walau hanya kata-kata sebagai penyeri kedengaran ... lalu hubungan ini pasti menjadi lebih indah ... setelah sekian lama sahabat kau hilang dan kini kita dipertemukan lagi ... syukur ... pasti aku sentiasa menghargai pertemuan ini ... seperti mana aku hargai hubungan kita dulu ... aku tau satu hari nanti pasti kita akan bertentang mata ... sambil bercerita, sambil kita bergelak ketawa ... past suatu hari nanti ... faez, apa yang aku boleh katakan ??? kegembiraan ini lebih dari kegembiraan sebenarnya ...

Thursday, February 21, 2008

pilihan ...

pilihan ??? lalu pilihan apa untuk aku ??? pilihan apa yang aku harus pilih ??? lalu aku harus memilih yang mana ??? pilihan-pilihan itu kekadang merimaskan aku ... pilihan-pilihan itu kekadang membuat aku binggung ... pilihan-pilihan itu kekadang buat aku tiada pilihan untuk memilih ... pilihan apa lagi untuk aku ??? kekadang pilihan yang membuatkan aku ingin lari untuk terus memilih ... aku takut dengan pilihan-pilihan itu ... lalu binggung ini menjadi semakin parah ...

cInTa ...

cinta ??? aku tercari-cari apakah aku tahu makna cinta itu ??? lalu aku bertanya pada diri, adakah aku dilamun cinta ??? tapi, aku tak terlihat jawapannya ...

Tuesday, February 19, 2008

dEmAm ...

2, 3 hari ni aku demam ... musim kot ??? emm, bile demam mula la 'kemanjaan' itu datang ... emm, 24 jam telefon mama nak mengadu la konon yang kite ni tak sihat ... hehehe ... mama pulak biasa la risau teramat-amat sangat ... mula la masa tu nak makan yang ntah hape-hape ... nak aiskrim la, nak coke la ... ish, ish ... dah la demam nak gak makan yang merepek2 tu ... mula la malam-malam asyik merengek (demam la katekan) ... nasib dapat teman sebilik yang memahami kalau tak nahas aku ... hehehe ... memeber-member pulak mula menunjukkan perasaan amik berat kat aku ... hehehe ... aku ni memang manja sikit (tapi, teman bilik cakap bukan sikit tapi, banyak sangat) ... entah la yang aku tau aku suka orang beri perhatian kat aku ... tak kisah apa situasi pun ... aku suka orang amik berat pasal aku ... aku suka orang sayang kat aku ... emm, itu pasal mama cakap aku ni anak paling manja ... mungkin kot !!! hehehe ... sekarang ni dah sihat sikit tak sepenuhnya ... emm, itu pun kena paksa makan ubat kalau tak mau tak elok lagi sekarang ni ... thanx ya pada mereka yang mengambil berat dan memberi perhatian pada aku ni yang cenggeng ... hehehe ...

Tuesday, February 12, 2008

lAfAzKaN iA ...

hari ni aku terlalu banyak fikir ... fikiran melayang entah, tak tahu ke mana ... aku seperti hilang sesuatu ... lalu aku harus mencari sesuatu itu ... lantas aku perlu untuk terokai hidup ini ... hidup yang penuh teka-teki ... ikut hati, mati ??? lalu ikut apa ??? akal ??? emm, ikut hati berlandaskan fikiran yang sihat ... dan keputusannya dalam genggaman ini ... sukar aku terjemahkan keputusan itu dengan suara ini ... seperti tersekat ... tak tau apa yang patut diluah ... tak tau apa perlu diucap ... lalu aku pendam dahulu ... mungkin keadaan tak mengizinkan atau aku yang bermain dengan masa ??? aku geleng kepala ... kerut seribu ... senyum tapi aku tak tahu senyuman itu ikhlas atau tidak ... ikhlas ??? aku tahu untuk apa jua aku perlu ikhlas ... ikhlas untuk aku terus mendampingi ... tapi gembira itu hilang bila bersama ... lantas keputusan itu harus aku lafaz sekarang ??? atau bila ??? ...

Sunday, February 10, 2008

aPa NaK jAdi ....

aku baca paper hari ini (ahad, 10.2.2008) ... geleng kepala sebentar ... berkerut pun ye ... berfikir apa nk jadi dengan remaja sekarang ni ???? salah siapa ???? aku termangu sendiri ... aku pernah melalui zaman itu ... zaman remaja (sekarang dalam proses pendewasaan ... hehehe) ... aku tersenyum ... memang remaja adalah zaman paling indah ... terlalu indah sebenarnya ... andai masa remaja itu diisi dengan sesuatu yang baik, yang ada faedah pastinya bila kita meningkat dewasa kita punya pengalaman yang berbeza dari yang lain ... kita mampu untuk berfikir ke depan ... mencari tapak untuk kita menenpuh kehidupan ... hidup yang penuh dengan teka-teki ... hidup yang penuh dengan entah apa-apa yang mungkin akan terjadi ... lalu ilmu itu disemat di hati untuk bekal hari-hari depan ... lalu aku terfikir apa akan jadi remaja sekarang andai mereka tak punya jati diri ???? aku dulu mungkin punya perasaan seperti mereka sekarang ... memberontak, cepat melenting tapi, itu yang ingin beritahu bahawa ilmu itu mampu membuatkan kita berfikir lebih dalam ... ilmu itu membuatkan kita mampu untuk menyekat perasaan negatif dari diterjemahkan melalui perbuatan atau percakapan yang kurang menyenangkan ... lalu aku seru pada mereka bahawa depan sana masih panjang ... jalan itu penuh batu-batu tajam ... pasti sakit andai ilmu itu tidak digunakan sepenuhnya ... maaf andai aku menyinggung tapi, ingatlah kita pewaris negara ...

fIkIrAn ....

hari ini aku kerja dari pagi sampai malam lagi ... banyak aku dapat hari ini ... ilmu ... pengetahuan ... baru aku tahu seorang kawan ini mempunyai pemikiran yang luas ... pada pandangan aku ... banyak aku belajar dari seorang kawan ini ... seorang kawan ini membuatkan fikiran aku terbuka luas ... memberi ruang untuk aku berfikir ... memberi aku satu pengalaman baru ... banyak sebenarnya yang aku tak tahu ... ada juga aku tahu tapi tak mahu ambil tahu ... baru aku sedar bila minda itu diasah, dilatih untuk berfikir lalu fikiran itu akan menjadi lebih baik ... menjadi lebih berfikiran ... lantas aku terpinga sendiri ... banyak sebenarnya masa aku untuk berfikir terbuang begitu sahaja ... rugi aku rasa kerana membiarkan waktu-waktu itu terbuang ... menyesal pun tak guna lalu mulai hari akan aku asah fikiran ini untuk menjadi lebih tajam lagi ... supaya ilmu-ilmu itu mampu aku fikirkan caranya untuk diterjemahkan ... fikiran akan menjadi lebih bermakna bila ada yang ingin tahu fikiran aku ... lantas aku ingin menjadi seorang pemikir dengan bacaan yang tersedia ... mencari, mendalami itu fikiran ini ... terjemahkan melalui percakapan yang bukan sekadar omong kosong tapi punya isi, fakta yang bernas ... terima kasih pada seorang kawan ini kerana membuka fikiran ini dengan lebih luas lagi ...

Friday, February 8, 2008

tIaDa LaGi ...

hari ini aku seperti bangkit dari mimpi ... mimpi yang aku sendiri tak mengerti di mana mulanya, aku pun tak tahu di mana akhirnya ... lalu lamunan ini akan terhenti seperti jua mimpi itu ... mimpi yang membuat aku terbuai dek kerana khayalan ... mimpi yang membuai dengan keindahan ... sampai bila harus aku terus di awangan ? semuanya hanya fantasi ... mimpi yang direka sendiri ... lalu aku harus lari untuk mengejar realiti ... aku harus mengejar sesuatu yang pasti dan bukan hanya berkhayal, bermimpi yang sekadar omong kosong untuk aku dibuai rasa keindahan itu ... aku harus lari dari fantasi ini ... ini bukan dalam filem hindustan yang sering layu dengan keasyikan ... aku harus buang impian-impian yang membuai rasa itu ... harusku buang mimpi-mimpi asyik itu ... harus aku buang khayalan-khayalan ciptaan terindah itu ... buang segala fantasi itu ... aku harus pergi mencari kebenaran untuk realiti kehidupan ini ... tiada lagi taman bunga yang indah ... tiada lagi cinta yang di buai dek kerana rasa ... tiada lagi putera impian yang aku angankan ... aku harus berdiri untuk melihat realiti bukan fantasi ...

Thursday, February 7, 2008

MaAfKaN aKu ...

aku mengecewakan lagi hati ... aku tak tau kenapa aku begini ... seperti tiada perasaan ...
seperti tiada hati ... seperti tiada jiwa ... apa yang aku lakukan ini ? ...
aku seperti kehilangan sesuatu ... aku tak tau apa ... tapi aku seperti bukan lagi diriku ... aku seperti hilang arah ... hilang prinsip yang aku pegang dulu ... hilang semua ... entah mana ia melayang ... entah mana ia pergi ... kenapa dengan aku ni ???? aku pasti itu yang terbaik, mungkin ???? aku melukakan semua di sekeliling ku ... maafkan aku ... aku terpaksa untuk buat kalian gembira ... aku terpaksa untuk lupakan perasaan kalian untuk buat kalian menerima ... maafkan aku kerana telah melupakan prinsip itu ... aku lakukan untuk kalian bahagia ...
maafkan aku !!!!